Jumaat, 9 April 2021

Bismillah... Hidup Baru

 Assalammualaikum

Alhamdulillah.. dapat kembali menulis blog ini lagi setelah sekian lama..haha..berhabuk dah blog ni.. nak dengar cerita tentang saya?? alhamdulillah saya dah pun berkahwin dengan seorang jejaka. orangnya baik, tegas, dan bertanggungjawab. Actually, saya pun tak percaya yang saya sudah berkahwin sebab semuanya sangat cepat berlalu dan mudah je perjalanannya. Itulah namanya Jodoh kan..hehe.. Semoga hubungan ini berkekalan hinga ke Jannah Aamiin.. InshaAllah saya akan mula bekerja minggu hadapan sebagai Guru Taska di Manjung. Keadaan selepas berkahwin memang sangat banyak ujian tapi tetap semangat menghadapinya. InshaAllah selepas ini saya akan mula rajin menaip dalam blog ni.. haha..

Selasa, 22 Mac 2016

Aku Kembali

Assalamulaikum..

saya kembali menulis blog ini setelah ditinggal terlalu lama..
x ada apa yang menarik dalam blog ni.. saya suka menulis.. jd blog ini akan saya isi dengan sesuatu yang saya ingin tulis..
saya minat puisi, cerpen, dan novel.. tp x semua..
saya hanya baca bila penulisnya punya idea cerita yang lain dari yg lain..
yang mendalam maksud dan kisahnya..
aku yang sekarang bukan lagi yang dulu..
aku versi baru...
aku Ana..

Salam ukhuwah..

Khamis, 14 Februari 2013

Aku tidak secantik Bidadari...

Assalamualaikum..hai korang...

                               
  Apabila mendengar perkataan bidadari, apakah yang kita bayangkan?? pastinya orang yg cantik dan sempurna.Tidak salah sekiranya itu yg kita bayangkan kerana Allah SWT menggambarkn bidadari sebagai makhluk yg cantik jelita , seperti yg dikatakn dalam surah at-Tur, ayat 20,

   "kami jodohkan mereka dengan bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya,"

Nabi Muhammad juga menerangkan...
"sekiranya bidadari menampakkan wajahnya,terpancar keindahan di antara langit dan bumi,"

                
   Perempuan seperti itu yg didambakan oleh lelaki kerana  secara fitrah, lelaki lebih suka memandang wajah yg cantik. Apakah mereka salah? pastinya tidak, kerana Allah SWT menciptakn fitrah manusia menyukai keindahan dan kesempurnaan . Kenyataan ini yg selalu membuatkn wanita yg tidak mempunyai penampilan menarik berasa rendah diri dan tidak yakin mendapat jodoh di dunia. mereka juga sedar ada ramai wanita yg lebih cantik daripada mereka . Sekiranya kita termasuk dalam golongan ini,jgn merasa rendah diri. Renungi syair di bawah ini...

'banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum,
kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga itu'

'tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga 
yang harum kerana sedikit madunya'

'ramai lelaki tampan yang tertarik dan terpesona 
dengan wanita yang kurang cantik kerana
memiliki hati yang cantik'

'tidak sedikit pula perempuan cantik ditinggalkan
oleh lelaki kerana busuk hatinya'

'kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik
tetapi cantik dalam hati'

'oleh itu cantikkan hatimu supaya dicintai dan
dirindukan oleh semua orang'

 Sebagai muslimah, jangan berkecil hati sekirannya Allah SWT mencipta kita sebagai org yg kurang sempurna, sama ada kurang cantik ataupun memiliki kecacatan. Ini kerana, pada lelaki soleh, kecantikan ataupun kesempurnaan fizikal tidak mnjadi kriteria utamadalam mncari pasangan hidup. Mereka memilih kta kerana mereka faham nasihat daripada Nabi Muhammad yg menyuruh mereka mencari pasangan hidup  berdasarkn kecantikan hati wanita itu, iaitu beriman dan berakhlak baik dan bukan hanya kerana kecantikan fizikalnya. Oleh itu, bahagiakan diri kita dgn sentiasa mengingati hadis Nabi Muhammad...

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, iaitu kecantikannya , kekayaannya, keturunannya dan agmanya.Nikahi wanita yang taat agama Islam nescaya kamu beruntung,"

"Jangan kamu menikahi wanita kerana kecantikannya. Kecantikan itu mungkin menjadikannya hina. Jangan kamu menikahi mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu membuat mereka bertindak sewenang-wenangnya . Tetapi nikahi mereka kerana agama mereka. Sesungguhnya menikahi seorang budak yang hodoh dan hitam serta taat dengan Islam adalah lebih baik,"


   Pekara terbaik yang harus kita lakukan adalah mencantikkan hati supaya menjadei wanita yang diimpikan oleh lelaki soleh dan supaya kita segera bertemu jodoh. Jiwa manusia ibarat pasukan , apabila keduanya saling mengenal , mereka saling mendekati. Sekiranya kita berjiwa soleh, kita akn didekatkn dengan lelaki yg juga berjiwa soleh seperti pesan Nabi Muhammad...

"Jiwa-jiwa manusia adalah ibarat pasukan. Apabila saling mengenali, akan menjadi rukun iaitu saling mendekati dan apabila tidak mengenali, timbul peselisihanserta saling menjauhi,"

bye, Assalamualaikum..

#always smile.. ^_^

Bismillah... Hidup Baru

 Assalammualaikum Alhamdulillah.. dapat kembali menulis blog ini lagi setelah sekian lama..haha..berhabuk dah blog ni.. nak dengar cerita te...